Teori asas Feng_shui

Matlamat amalan feng shui masa kini adalah memilih lokasi persekitaran binaan manusia di kawasan yang qinya bagus, mengikut kedudukan dan paksi masa. Sesetengah kawasan kurang sesuai diduduki manusia, oleh itu harus dibiarkan kekal.

Qi (ch'i)

Perkataan qi agak sukar diterjemah, oleh itu selalu dibiarkan tanpa terjemahan. Dalam seni bela diri, qi bermaksud tenaga batin atau zahir. Pemahaman qi dari segi Feng Shui merangkumi orientasi sesebuah struktur, usianya, dan interaksi dengan persekitaran termasuk mikroiklim setempat, kecerunan tanah, tumbuh-tumbuhan, dan mutu tanih.

Menurut penyelidik bernama Stephen L. Field, salah satu kegunaan Luopan ialah mengesan aliran qi. Field memandang feng shui sebagai suatu bentuk penilikan yang mengkaji mutu persekitaran setempat dan kesan cuaca angkasa, lalu mencipta istilah qimancy bagi konsep ini.[16]

Profesor Max Knoll meluahkan pandangannya ketika berkuliah pada tahun 1951, bahawa qi ialah suatu bentuk sinaran suria.[17] Kompas mencerminkan kegeomagnetan setempat yang merangkumi arus teraruh geomagnet yang disebabkan cuaca angkasa.[18]

Kepercayaan dari Zaman Axial, termasuklah feng shui, menegaskan bahawa kehidupan di Bumi dipengaruhi angkasa. Nampaknya tidak masuk akal bagi ramai orang, tetapi cuaca angkasa memang wujud dan boleh membawa kesan mendalam kepada teknologi (GPS, grid kuasa, talian paip, sistem komunikasi dan pelayaran, sistem pemantauan), dan kemampuan penyesuaian diri dalam haiwan.[19][20][21] Adanya bukti bahawa kadar bunuh diri di Kirovsk, Rusia, naik turun mengikut medan geomagnet.[22] Saintis atmosfera pula berpendapat cuaca angkasa mempengaruhi perubahan pasaran saham.[23][24]

Mengikut tafsiran Zaman Baru mengenai Feng Shui, "qi" sering disamakan dengan "tenaga" (adakalanya kesanggupan dan inisiatif, lebih difahami sebagai "daya hidup").

Lima unsur utama (wu xing)

Penelitian feng shui sesuatu kawasan turut ditentukan beberapa unsur atau elemen alam yang dipecayai sebagai asas (wǔxíng)[25]:

  1. Kayu (Bahasa Cina: ; pinyin: mù): mewakili pertumbuhan dan daya kreatif, mendorong pertumbuhan pribadi dan meningkat rasa intuisi.
  2. Tanah (Bahasa Cina: ; pinyin: tǔ): membantu menumbuh dan menstabilkan. Unsur ini adalah yang paling damai, menenangkan, dan stabil.
  3. Logam (Bahasa Cina: ; pinyin: jīn): berhubungan dengan kekuatan mental dan ketajaman. Ia juga dipercayai mempengaruhi kecerdasan.
  4. Api (Bahasa Cina: ; pinyin: huǒ): merupakan unsur yang merubah dan mengembangkan. Ia merupakan unsur feng shui yang paling stabil.
  5. Air (Bahasa Cina: ; pinyin: shuǐ): bertindak sebagai unsur yang melepaskan dan membaharu. Unsur ini turut dikaitkan dengan kejelasan, relaksasi, inspirasi dan kerelaan diri.